I made this widget at MyFlashFetish.com.

PENGENALAN

Author: Mayang Sari /

Bahasa Melayu yang akan kami bentangkan ini adalah berdasarkan dari laman web www.melayuonline.com dan www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/DAH.html yang telah kami layari pada 21 Februari 2009. Laman web ini menerangkan deskripsi, sejarah, kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu di Malaysia. Berdasarkan kajian Darwis Harahap (Mei 1992), Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (Alam Melayu). Pemilihan Bahasa Melayu sebagi bahasa kebangsaan adalah kerana faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman berzaman. Sejarah Bahasa Melayu bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji dan menggunakannya dengan baik dan sempurna.

DESKRIPSI BAHASA MELAYU

Author: Mayang Sari /

Terdapat lebih 10 juta masyarakat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai komunikasi harian mereka dimana peratusannya ialah 54%. Pada tahun 1968, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan ia dapat dilihat pada tutur katanya, morfologi dan juga kosa katanya. Perkembangan Bahasa Melayu amat perlahan tersebar jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu juga mempunyai pelbagai kosa kata yang dipinjam daripada bahasa lain terutamanya Bahasa Inggeris dan Bahasa Portugis. Ini disebabkan kedua-dua negara tersebut pernah menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Contoh Bahasa Inggeris yang dipinjam ialah 'bus' yang dimelayukan menjadi 'bas'. Contoh Bahasa Portugis yang dipinjam ialah 'sudu' dan 'garfu'. Bahasa Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis dialek mengikut setiap negeri masing-masing. Secara umumnya, terdapat 11 dialek utama di Malaysia. Antaranya ialah dialek utara iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Utara Perak, dialek Perak iaitu di Perak (kecuali Utara Perak). Seterusnya dialek Kelantan di Kelantan, dialek di Terengganu di Terengganu dan dialek Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Selangor dan kota-kota pelabuhan. Berikutnya ialah dialek negeri di Negeri Sembilan, dialek Johor di Johor, dialek Melaka di Melaka, dialek Sarawak di Sarawak, dialek Sabah di Sabah dan dialek Cina peranakan yang tersebar luas dalam masyarakat Cina di Malaysia. Laman web yang kami kunjungi untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan 11 dialek-dialek utama di Malaysia ialah http://ilzaf.multiply.com/journal/item/10 dimana ia menerangkan mengenai dialek-dialek Melayu di Malaysia.



DIALEK UTARA

Digunakan di tiga buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Utara Perak. Contoh ayat dalam dialek utara ialah :
  • "hang pa tak mo cakap utagha lagi ka???"( awak tidak mahu cakap utara lagi ke??? )
  • "maghi le boghak-boghak utagha...."( mari la borak-borak utara... )


DIALEK PERAK

Digunakan di seluruh negeri Perak kecuali di Utara Perak. Kebiasaannya akhiran 'a' dalam sesuatu perkataan ditukar kepada 'e'. Contoh perkataan dan contoh ayat di dalam dialek Perak ialah :
  • mereka menjadi "kome"
  • awak menjadi "mike"
  • "mike nak ke mana???"( awak hendak ke mana??? )


DIALEK KELANTAN

Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf 'n' dan 'ng' di belakang kata dengan huruf 'e' dan 'o' dan juga perbezaan ketara sesuatu perkataan. Contoh perkataan dan contoh ayat dalam dialek Kelantan ialah :
  • cakap menjadi "kecek"
  • saya menjadi "kawe"
  • duit menjadi "pitih"
  • "demo nok gi mano loni???"( awak nak pergi ke mana sekarang??? )


DIALEK TERENGGANU

Akhiran 'n' dalam sesuatu perkataan di tambah dengan huruf 'g'. Contoh perkataan dan contoh ayat dalam dialek Terengganu ialah:
  • makan menjadi "makang"
  • ikan menjadi "ikang"
  • bukan menjadi "bukang"
  • Kemaman (daerah) menjadi "Kemamang"
  • "mung nok gi dok makang ikang???"( awak nak pergi tak makan ikan??? )


DIALEK KUALA LUMPUR

Menggunakan Bahasa Melayu standard dan biasa. Contoh ayat dalam dialek Kuala Lumpur ialah:
  • "saya hendak pergi membeli-belah di MidValley"
  • "awak hendak pergi atau tidak ke ujibakat Akademi Fantasia di Astro???"

DIALEK NEGERI DI NEGERI SEMBILAN

Dipengaruhi oleh bahasa Minang kerana ada kaitan dengan suku Minangkabau dari Sumatera.Contoh ayat dalam dialek Negeri Sembilan ialah:
  • "eden torai"( saya cuba )
  • "ekau nie bongak kat eden"( awak ni tipu saya )
  • "apo kono ekau???"( apa kena dengan engkau??? )


DIALEK JOHOR

Akhiran 'a' dibunyikan sebagai 'e'. Contoh perkataan dalam dialek Johor ialah:
  • saya menjadi "saye"
  • apa menjadi "ape"
  • berapa menjadi "berape"

DIALEK MELAKA

Penggantian huruf 'r' dibelakang perkataan dengan huruf 'u'. Contoh perkataaan dalam dialek Melaka ialah:
  • lebar menjadi "lebau"
  • besar menjadi "besau"
  • ular menjadi "ulau"
  • pasar menjadi "pasau"

DIALEK SARAWAK

Merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek Melayu lain di Malaysia. Dialek ini dipengaruhu oleh Bahasa Melayu Brunei, Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Contoh perkataan dalam dialek Sarawak ialah:
  • saya menjadi "kamek"
  • tidak menjadi "sik"
  • cakap menjadi "madah"
  • sombong menjadi "lawa"

DIALEK SABAH

Terdapat 50 bahasa dan 80 dialek dalam kira-kira 30 suku kaum di Sabah. Tidak ada dialek khusus di Sabah tetapi setiap kaum di Sabah mempunyai bahasa atau dialek tertentu. Contoh ayat yang umum dalam dialek Sabah ialah:
  • "mengapa can ko ani???"(apa kena dengan awak ni???)
  • "esai ngaran mo???"(siapa nama kamu???)

DIALEK CINA PERANAKAN

Cina peranakan ialah pendatang Cina awal yang memeluk kebanyakan adat Melayu khususnya dalam pertuturan masyarakat Melayu. Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainam dan Hokchiu. Dialek Cina peranakan peranakan ini tiada contoh yang spesifik dan kebiasaannya pertuturan orang Cina adalah pelat dalam Bahasa Melayu.


PERKAITAN ANTARA BAHASA LISAN DAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
  • Budaya mempengaruhi bahasa kerana cara percakapan yang berbeza diantara setiap kaum dan juga negeri.
  • Antara komonikasi yang boleh digunakan ialah perbualan yang tidak dirancang dan perbualan yang dirancang dalam sesebuah komunikasi.
  • Setiap bahasa yang dituturkan mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.
  • Kes pintasan berlaku dalam perbualan apabila penyampai dan penerima tidak memahami maksud masing-masing contohnya perbualan antara dua individu yang berlainan negeri yang menggunakan dialek yang berbeza.
  • Terdapat 2 jenis kes pintasan iaitu perbezaan ayat atau perkataan tetapi sama maksud dan persamaan sesuatu ayat atau perkataan tetapi berbeza maksud.

SEJARAH BAHASA MELAYU

Author: Mayang Sari /

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang mana ia bukan lagi bahasa etnik tertentu. Bahasa Melayu ini telah dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan. Status Bahasa Melayu kemudian diterima sebagai bahasa rasmi pada tahun 1968. Walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan secara meluas terutamanya oleh masyarakat Cina dan India. Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan peraturan yang menyatakan Bahasa Melayu ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi tempoh peralihan penggunaan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu adalah selama 10 tahun. Walaupun Bahasa Melayu telah dirasmikan namun masih lagi tidak dapat menyatukan kaum-kaum di Malaysia sehingga berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak memainkan peranan dalam menyatupadukan kaum di Malaysia dengan menukarkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Sistem ejaan Bahasa Malaysia diperkenalkan dan digunakan secara rasmi pada 16 Ogos 1972 dan akhirnya pada tahun 1990 Bahasa Malaysia digunakan dalam sistem pengadilan rasmi.

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

Author: Mayang Sari /

Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status sebagai bahasa kebangsaan dan ini adalah salah satu kedudukan penting bagi Bahasa Melayu di Malaysia. Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.Perkara 152 menyebut:
  • Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen dengan syarat iaitu tidak seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajarkan atau belajar mana-mana bahasa asing. Syarat lain adalah tiada apa-apa yang boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan telah mengakui kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun penggunaannya dalam acara-acara rasmi belum ditekankan. Maka pada tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan telah dikeluarkan yang bermaksud mengukuhkan kembali kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebelum di akui sebagai bahasa rasmi, ternyata Bahasa Melayu sah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan di bahagian pendidikan. Penyata Razak telah diterbitkan pada tahun1956 bagi mengusulkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam proses belajar dan mengajar di lembaga pendidikan dan akhirnya ia dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Antara kedudukan dan status bahasa kebangsaan ialah :
  • Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
  • Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)

FUNGSI BAHASA MELAYU

Author: Mayang Sari /

Bahasa Melayu sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah milik semua warga tanpa memihak kepada kaum tertentu. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan yang memiliki lima fungsi utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Ilmu Pengetahuan dan Bahasa Pendidikan atau Bahasa Pengantar. Berikut ialah lima fungsi bahasa tersebut :
  • Fungsi bahasa kebangsaan bermaksud bahasa mampu menjadi lambang kerjasama dan semangat kebangsaan dari setiap suku bahasa yang ada.
  • Bahasa rasmi bererti bahasa yang digunakan dalam acara rasmi seperti surat menyurat rasmi, persidangan atau perjanjian negara.
  • Bahasa perpaduan merupakan perpaduan antara kaum, keturunan dan sebagai perpaduan politik.
  • Bahasa ilmu digunakan dalam bidang ilmu, sains, teknologi komputer, saintifik, ilmiah dan berusaha mewujudkan bahasa Malaysia setaraf dengan Bahasa Inggeris dan menjadi bahasa antarabangsa.
  • Bahasa pendidikan adalah sama seperti menggunakan bahasa itu di sekolah rendah, menengah dan universiti.

KESIMPULAN

Author: Mayang Sari /

Pada 1998, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia kerana penggunaannya itu sendiri digunakan dengan meluas oleh pelbagai kaum di Malaysia.Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi kerana masyarakat asal Tanah Melayu adalah orang Melayu.Sebagai kesimpulan adalah wajar Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerana yang kita sedia maklum bahawa masyarakat berbilang kaum di Malaysia sememangnya fasih berbahasa Melayu dan juga kerana ia telah digunakan sejak sekian lama dahulu di Kepulauan Melayu.

SUMBER RUJUKAN

Author: Mayang Sari / Label:

Http://melayuonline.com/culture/index.php
  • www.bharian.com
  • www.emedia.com
  • www.geocities.com
  • www.heritage.gov.my
  • www.kompas.com
Laman web ini dihasilkan oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu yang berkaitan dengan pengantar, deskripsi singkat, sejarah, kedudukan, fungsi dan kesimpulan.

Http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/DAH.html

Laman ini menerangkan dengan terperinci berkaitan prakata Bahasa Melayu di Malaysia yang ditulis oleh Darwis Harahap (Mei1992)

Http://ilzaf.multiply.com/journal/item/10

Laman ini menerangkan dialek-dialek Melayu setiap negeri di Malaysia





TV SHOW

RADIO FM

COMMENT


ShoutMix chat widget

I made this widget at MyFlashFetish.com.